Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-QNrgch.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-QNrgch.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

Teka-teki terjawab, Rina Harun sah bertanding di Sepang

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin akhirnya mengesahkan Ketua Wanitanya, Datuk Seri Rina Mohd Harun sebagai calon kerusi Parlimen Sepang bagi gabungan parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengumuman itu sekali gus menjawab desas-desus sebelum ini bahawa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu akan diletakkan di kerusi panas berkenaan, lapor Astro AWANI.

“Calon yang kita nak letak di Sepang adalah Datuk Seri Rina Mohd Harun. Sah (kerana) Presiden yang umum. Malam ini sahih, ini calon kita di Sepang,” katanya semasa berucap pada program Jelajah Prihatin PN Sepang di Dataran Sadiman, Bukit Changgang malam tadi.

Dengan pengumuman itu, Rina bakal berentap dengan dua lagi pemimpin wanita dari parti lawannya, iaitu Ketua Pejuanita Pejuang, Che Asmah Ibrahim; dan Ketua Wanita Pakatan Harapan, Raj Munni Aiman Athirah.

Kerusi Parlimen Sepang, yang merangkumi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Tanjong Sepat, Sungai Pelek dan Dengkil, ketika ini disandang oleh Mohamed Hanipa Maidin daripada Parti Amanah.

Pada PRU13, Mohamed Hanipa memenangi Parlimen Sepang dengan majoriti 1,142 undi dalam saingan empat penjuru dan berjaya mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 18,705 undi, selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dan PAS pada PRU14.

Beliau bagaimanapun tidak dicalonkan pada PRU15 kerana Amanah mahu memberi peluang kepada muka baharu.

Dalam pada itu, Jelajah Prihatin PN yang diadakan semalam berjaya mengumpulkan lebih 3,000 pengunjung.

Sumber: Astro AWANI

Read More

Sumber Web: The News Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.