Telefon pintar hanya untuk belajar saja

[email protected]

PADANG RENGAS: Sebanyak 20,000 telefon pintar yang disediakan kerajan negeri kepada pelajar daripada keluarga B40 bagi program Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) adalah dikhususkan untuk pembelajaran sahaja.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Saidi Mohamad Daud, berkata langkah itu bertujuan mengelakkan penyalahgunaan peranti terbabit bagi tujuan seperti bermain permainan video.

“Peranti itu disediakan khusus untuk sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) termasuk melalui aplikasi pembelajaran dinamakan ‘Frog Play’. Ia mengandungi pelbagai kuiz ulang kaji untuk semua mata pelajaran teras yang diajar di sekolah daripada Tahun Satu hingga Tingkatan Enam yang dapat diakses 24 jam sehari.

“Ssaya sarankan agar pelajar serta ibu bapa yang menerima pakej rangsangan telefon pintar TCS ini supaya menggunakannya sebaik mungkin khusus untuk PdPR dan tuisyen dalam talian (menggunakan aplikasi FrogPlay),” katanya selepas agihan peranti itu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lubuk Merbau, hari ini.

Minggu lalu, tular di media sosial video dimuatnaik seorang YouTuber mendakwa telefon pintar dibekalkan syarikat telekomunikasi yang menjadi rakan strategik bagi program TCS tidak berkualiti termasuk dari segi kamera, jangka hayat bateri, dan tidak sesuai bagi pemasangan perisian tertentu.

Dalam pada itu, Ahmad Saidi berkata, Lubuk Merbau menjadi DUN ketiga bagi sesi pengagihan telefon pintar berkenaan yang dimulakan sejak Jumaat lalu, dengan 250 unit diperuntukkan kepada setiap daripada 59 Pusat Khidmat DUN di Perak termasuk DUN pembangkang.

Agihan telefon pintar bagi fasa pertama membabitkan 15,000 unit yang dijangka selesai sebelum memasuki Julai ini, adalah melalui senarai diperoleh melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang mana baki 5,000 selebihnya akan diagih bagi fasa kedua.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.