Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.

Tempahan vaksin Astrazeneca dibuka palsu – JKJAV

KUALA LUMPUR: Tempahan untuk vaksin AstraZeneca dibuka kepada semua orang di Malaysia seperti tular di laman media sosial adalah palsu, demikian menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

Jawatankuasa itu dalam kenyataan malam tadi memaklumkan pautan https://www.vaksincovid.gov.my/en/register yang ditularkan itu hanyalah untuk pendaftaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan bukan untuk vaksin AstraZeneca.

Justeru, jawatankuasa itu menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan mesej palsu berkenaan dan hanya mendapatkan maklumat sahih menerusi laman web atau media sosial mereka di Facebook, Instagram atau akaun @JKJAVMY untuk Twitter. – BERNAMA

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.