Tengah hari ni terus ke Banting. Ramai mesej mengadu tentang seorang uncle Sinappan 63 tahun dah lama tidur di Dataran n…

Tengah hari ni terus ke Banting. Ramai mesej mengadu tentang seorang uncle Sinappan 63 tahun dah lama tidur di Dataran ni. Kadang di kaki lima hospital. Beliau mencari pekerjaan untuk makan minum.

Sedih nampak tak terurus duduk disitu. Ajak beli pakaian dan cari bilik sewa. Sekali bilik sewa owner car wash VS auto & RM auto detailing. Saudara Prakash. Terus offer kerja bersihkan dan menyapu sikit-sikit. Rezekilah untuk uncle ni. Menangis uncle ni tadi. Ulang kali ucap terima kasih. Kami akan bayar sewa bulanan bilik uncle.

Ujian diusia tua. Katanya dulu saya tak baik. Saya dibuang keluarga. Terima kasih sudi bantu saya. Setiap orang ada buat silap. Tugas kita saling membantu mendoakan satu sama lain. Setiap orang diuji. Walau berbeza agama dan bangsa kita semua dijadikan untuk saling mengasihi dan menghormati.

Read More

Sumber Instagram: Ustaz Ebit Lew (@ebitlew)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.