Tengkorak, serpihan tulang manusia ditemui dalam parit

[email protected]

GUAR CHEMPEDAK: Tengkorak dan serpihan tulang dipercayai milik manusia ditemui seorang individu ketika memotong rumput dalam parit di tepi sawah Jalan Batu 18, Guar Chempedak di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji, berkata individu terbabit kemudian membuat laporan polis berhubung penemuan tengkorak dan serpihan tulang itu pada jam 5.15 petang.

“Tengkorak dan serpihan tulang itu kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya dipanggil bagi membantu polis mengangkut tengkorak dan serpihan tulang itu pada jam 7.46 malam.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak tiba di lokasi pada jam 7.53 malam.

“Operasi diketuai Mohamad Fisol Osman selepas dimaklumkan tengkorak itu ditemui dalam parit di kawasan itu dan kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.