Tentera Laut AS rampas kargo senjata haram di Laut Arab

DUBAI: Armada Kelima Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), hari ini memaklumkan pihaknya merampas sejumlah besar senjata haram buatan Russia dan China di Laut Arab.

Ia ditemui dalam sebuah kapal layar tidak diketahui negara asalnya, yang sedang berlayar di perairan antarabangsa ke utara Laut Arab.

Armada Kelima berpangkalan di Bahrain itu berkata, kapal penjelajah dilengkapi peluru berpandu, USS Monterey memintas kapal itu serta menemui kargo berkenaan ketika pemeriksaan rutin semasa operasi pada Khamis dan Jumaat lalu.

“Senjata rampasan termasuk puluhan peluru berpandu anti meriam buatan Russia, ribuan raifal jenis 56 buatan China, ratusan mesingan PKM, senapang penembak tepat dan roket pelancar bom tangan (RPG),” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan sama, senjata terbabit kini dalam tahanan AS sementara sumber dan destinasinya sedang disiasat.

Selain itu, Monterey juga beroperasi selama 36 jam bagi menjaga keselamatan pasukan pemeriksa ketika menaiki kapal layar berkenaan.

“Sejurus semua muatan haram dikeluarkan, kapal dinilai sama ada selamat untuk belayar, kru kapal disoal siasat dan diberi makanan serta air sebelum dibebaskan,” katanya.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menjelaskan lokasi asal kapal itu, hasil siasatan awal atau butiran lanjut mengenai kru.

Sebaliknya, kenyataan hanya menegaskan ia rondaan biasa Angkatan Laut AS di wilayah itu, bertujuan membanteras pengangkutan kargo haram yang sering diguna bagi membiayai keganasan dan kegiatan haram. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.