Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-ERBBLP.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-ERBBLP.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

Terangi malam 7 likur dengan 2021 pelita

[email protected]

Batu Pahat: Sebanyak 2021 biji pelita menghiasi pintu gerbang di laluan masuk di Kampung Baru, Sri Gading dekat sini, sempena kemeriahan suasana kampung menjelang 1 Syawal tidak lama lagi.

Penyelaras Projek Pintu Gerbang Pelita Kampung Baru, Mohd Azam Isnin berkata, pada kali ini mereka membawa konsep menggunakan sebanyak 2021 pelita mengikut jumlah tahun ini iaitu tahun 2021.

“Tahun ini kami mengambil masa lebih awal iaitu sebulan sebelum Ramadan, kami sudah mula melakukan proses membina semula pintu gerbang pelita dengan reka bentuk baru dan lebih menarik.

“Berbanding tahun lalu, kami menambah seramai 15 orang tenaga kerja yang terdiri daripada golongan belia di kampung ini bagi membantu menyiapkan pintu gerbang pelita berkenaan,” katanya ketika ditemui Harian Metro, dekat sini.

Menurut Mohd Azam, untuk menyiapkan bentuk yang telah direka, pihaknya memerlukan masa sebulan dan kerja-kerja menyiapkan pintu gerbang pelita itu dilakukan pada masa terluang di waktu petang.

“Bagi reka bentuk pintu gerbang pelita yang ditampilkan pada tahun ini adalah mengambil idea reka bentuk daripada sebuah masjid di negeri Selangor yang mempunyai bentuk yang lebih menarik.

“Pada tahun lalu, pintu gerbang pelita berkenaan juga mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada orang ramai yang datang untuk mengambil gambar sebagai kenangan meraikan kemeriahan menjelang Aidilfitri.

“Susulan itu, tahun ini pihak kami telah menambah baik proses kehadiran pengunjung yang datang untuk mengambil gambar dengan menetapkan prosedur operasi standard (SOP) seperti menyediakan buku catatan pengunjung, kod QR MySejahtera dan pengimbas suhu,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Raja, Nor Rashidah Ramli berkata, pihaknya menyambut baik usaha penduduk kampung yang begitu kreatif dalam menceriakan kampung berkenaan untuk menyambut kedatangan Aidilfitri.

“Diharapkan penduduk kampung dapat meneruskan tradisi menghias lampu pelita di kawasan kampung berkenaan supaya budaya tradisi seperti ini tidak akan pupus ditelan zaman.

“Secara tidak langsung, usaha yang ditonjolkan oleh penduduk kampung ini dapat memberi semangat dan inspirasi kepada penduduk-penduduk kampung yang lain untuk sama-sama ceria walaupun berada dalam tempoh perlaksanaan perintah kawalan pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah ini,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.