Terjejas akibat Covid-19? Rita Rudaini boleh bantu

[email protected]

Kuala Lumpur: Video seorang lelaki menjual ‘speaker’ al-Quran untuk membayar sewa rumahnya selepas kehilangan kerja hampir setahun membuka hati pelakon Rita Rudaini untuk sama-sama menjayakan misi bantuan kepada golongan memerlukan bersama dua rakan selebriti iaitu Umie Aida dan Isma Yusoof.

Rita berkata, ketika dia berkongsi video berkenaan di kumpulan WhatsApp, Umie mengajaknya untuk membantu orang ramai yang hidup dalam kesusahan sepanjang tempoh pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh sehingga 14 Jun ini.

“Alhamdulillah fasa pertama bantuan kepada 200 individu sudah pun selesai. Kini kami sedang mengumpul maklumat untuk membantu pula penggiat seni dan kru belakang tabir.

“Bantuan yang kami ingin hulurkan ini tidak terhad kepada bangsa Melayu saja, tetapi untuk semua kaum. Jika ada kru atau pelakon bukan Melayu boleh tampilkan diri. Kami yakin mereka juga terjejas sepanjang pandemik ini.

“Selepas selesai pemberian kepada penggiat seni kami akan buka semula bantuan kepada orang ramai. Jadi kepada sesiapa yang ingin turut sama membantu dan hulurkan sumbangan sangat dialu-alukan,” katanya. Menurut Rita, melihat kesusahan orang lain sentiasa mengingatkan dirinya supaya tidak pentingkan diri dan sentiasa berbuat baik dengan orang.

“Saya pun bukanlah orang yang senang, masing-masing ada masalah. Tidak dinafikan saya juga terjejas dan kalau nak harapkan wang simpanan lama-lama pun akan habis.

“Namun, apabila memikirkan keadaan orang lain yang lebih susah, saya tak boleh duduk diam. Saya nak cuba bantu apa yang termampu.

“Ketika saya, Umie dan Isma membuat Instagram Live semalam, saya selalu ingatkan penonton supaya jangan terlalu tertekan dan memikirkan masalah. Setiap orang perlu kuatkan semangat dalam situasi mencabar ini.

“Insya-Allah pasti ada sinar dan jalan keluar untuk sesuatu masalah. Saya juga berpesan supaya melakukan perkara yang boleh buat mereka gembira serta perlu ingat jika mereka fikir sedang hidup dalam kesusahan, orang lain mungkin lebih berganda susah,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan

    © New Straits Times Press (M) Bhd

  • Read More
    Sumber Web: Harian Metro

    Leave a Reply

    Your email address will not be published.

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.