Terminal Feri Kuala Kedah ditutup sepanjang PKPD

[email protected]

Alor Setar: Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah akan ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai esok.

Pengarah Jabatan Laut Malaysia (JLM) Wilayah Utara, Mohd Hafiz Abdul Majid berkata, berikutan itu tiada perkhidmatan feri disediakan dari Kuala Kedah ke Langkawi dan dari Langkawi ke Kuala Kedah sepanjang tempoh PKPD.

Beliau berkata, bagaimanapun perkhidmatan kargo antara Kuala Kedah ke Langkawi masih diteruskan.

“Perkhidmatan Mod Pengangkutan Laut (Essential Services) masih mempunyai alternatif menggunakan feri RORO di Terminal Feri Penumpang Kuala Perlis yang tidak termasuk sebagai lokaliti PKPD.

“JLM mendukung hasrat kerajaan dalam memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 di negara ini dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang berkuat kuasa.

“Ini dilakukan dengan kerjasama di antara JLM dan agensi berkaitan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia bagi memastikan pematuhan SOP sepanjang perjalanan dan keselamatan penumpang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

PKPD Kota Setar akan bermula jam 12.01 tengah malam ini sehingga 1 Jun ini membabitkan 28 mukim di daerah ini berikutan penularan Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan

    © New Straits Times Press (M) Bhd

  • Read More
    Sumber Web: Harian Metro

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.