Teruja! Tiara Versi P. Ramlee Nyanyian P.Radhi Disambut Baik

Juara Bintang P. Ramlee, Kebangsaan 2016, P. Radhi memberikan nafas baru dalam nyanyian lagu Tiara ciptaan Dato M Nasir.

Meminati Tan Sri P. Ramlee

Radhi yang sangat meminati Tan Sri P. Ramlee dan dari kecil menyatakan dirinya sudah dibiasakan dengan lagu-lagu dan lakonan-lakonan arwah Tan Sri P. Ramlee. Malah dia juga tidak menyangka versi P.

Ramlee yang bermula daripada nyanyian bersahaja di Tik Tok menjadi viral dan mendapat sambutan baik. Malah ramai juga yang mengatakan rindu pada arwah Tan Sri P. Ramlee apabila mereka mendengar dendangan itu.

Artis Baharu

P. Radhi atau nama penuhnya Muhammad Radhi AB. Rahman, 31 tahun, merupakan Juara Bintang P. Ramlee 2016, adalah artis tandatangan baru dibawah Luncai Emas Sdn Bhd.

Luncai Emas bakal mengeluarkan beberapa single lagi secara ‘cover’ mahupun ‘original’ selepas Tiara dan juga
beberapa lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dengan dendangan dan gaya tersendiri P. Radhi.

Pengambaran Di Melaka

Video Muzik ‘Tiara’ P. Radhi dimana penggambarannya dibuat sepenuhnya di Melaka telahpun dimuat naik di saluran youtube Luncai Emas dan setelah 3 hari sahaja telah mencapai 30 ribu tontonan.

Video muzik tersebut diarahkan oleh Juril Jumali, diinpirasikan dari filem Penarek Becha. ‘Tiara’ versi P. Ramlee boleh didengari di semua pelantar strim seperti Spotify, Joox, Apple Music, KKBox, Deezer dan Itunes Store.

 

The post Teruja! Tiara Versi P. Ramlee Nyanyian P.Radhi Disambut Baik appeared first on Murai MY.

Read More

Sumber Web: Murai MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.