“Terus Down Aku Nak Minat Dia” – Video Meerqeen Cium Peminat Di Indonesia Jadi Perhatian Ramai

Mungkin ramai yang tahu, pelakon popular Meerqeen membuat lawatan ke Indonesia bersama Anna Jobling untuk bertemu peminat mereka di sana baru-baru ini.

Seperti yang dilihat, kedua-dua bintang drama bersiri Melur Untuk Firdaus itu mendapat sambutan hangat oleh peminat mereka di negara seberang itu.

Selain itu, apa yang turut mendapat perhatian adalah sepotong video tular di TikTok memaparkan Meerqeen mencium kepala seorang peminat perempuan dan kemudian menerima ciuman di pipi daripada peminat tersebut.

Kedua-dua mereka kelihatan tersenyum seakan masing-masing mengerti yang niat perbuatan itu hanyalah bentuk gurauan semata.

Apa Reaksi Netizen?

Melihat komen-komen netizen, rata-rata mereka meninggalkan respon berbeza. Ramai juga seakan tidak suka melihat tingkah laku Meerqeen itu.

“Dah famous gitulah kehidupan.

“Turn off aku dengan Meerqeen.

“Aku kecewa dengan Meerqeen, aku ingatkan dia akan tolak dengan cara baik.

“Terus down aku nak minat dia,” antara yang dilontarkan netizen.

@hai25550

Anna ngelihat ini ga? #meerqeen #annajobling #kikisaputri #meerna #spoilerrzky #fyp @ANNA JOBLING @Meerqeen

♬ Mukamu Manis – 05_FCP_Timica

Terdahulu, drama Melur Untuk Firdaus lakonan Meerqeen dan Anna Jobling berjaya mencetus fenomena di Malaysia sekaligus di Indonesia.

The post “Terus Down Aku Nak Minat Dia” – Video Meerqeen Cium Peminat Di Indonesia Jadi Perhatian Ramai appeared first on Murai MY.

Read More

Sumber Web: Murai MY

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.