Tetak rakan serumah dengan kapak

[email protected]

PENAMPANG: Seorang wanita cedera selepas diserang dengan kapak oleh rakan serumah di sebuah taman perumahan di sini kelmarin.

mangsa yang berusia 24 tahun cedera diserang rakan serumah berusia 33 tahun berikutan perselisihan faham kira-kira jam 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata siasatan awal mendapati, mangsa tinggal di rumah milik seorang lagi wanita berusia 40 tahun.

Katanya, ketika kejadian mereka berlaku pertengkaran antara suspek yang berusia 33 tahun dengan mangsa.

“Suspek kemudian menyerang mangsa dengan senjata dipercayai sebilah kapak hingga terkena di bahagian kepala.

“Mangsa kemudiannya menghubungi wanita pemilik rumah berkenaan dan memaklumkan mengenai kejadian itu sebelum membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Haris berkata, hasil siasatan awal mendapati, suspek dikatakan tidak berpuas hati kerana pemilik rumah terbabit membenarkan mangsa tinggal serumah dengannya.

Katanya, suspek ditahan dalam serbuan di lokasi berhampiran tempat kejadian.

“Mangsa yang cedera di kepala menerima rawatan di wad kecemasan, Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE I).

“Suspek kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang merbahaya,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.