Tiba masa untuk pergi – Zidane

Madrid: Media Sepanyol melaporkan bahawa Zinedine Zidane memaklumkan kepada pemainnya bahawa beliau berhasrat untuk menamatkan tugasnya sebagai jurulatih pada akhir musim ini.

Menurut laporan Onda Cero radio dan Goal online, pengendali dari Perancis itu yang mempunyai kontrak sehingga 2022 memaklumkan skuadnya minggu lalu bahawa beliau akan meninggalkan kelab itu selepas musim ini berakhir.

Goal menambah: “Jurulatih itu memaklumkan kepada pemain Sabtu lalu sebelum mereka turun berdepan Sevilla di Valdebebas.”

Onda Cero melaporkan Fernando Burgos berkata pengganti Zidane mungkin datang dari senarai pendek yang merangkumi bekas jurulatih Massimiliano Allegri, bekas pemain Raul Gonzalez dan Joachim Loew yang meletakkan jawatan sebagai jurulatih Jerman selepas berakhirnya Kejuaraan Eropah musim panas ini.

Awal Sabtu lalu, Zidane memberi isyarat bahawa dia boleh meninggalkan kelab dan percaya “akan tiba masanya untuk berubah.”

“Saya tidak meninggalkan kelab kerana ia mudah. Ia bukan seperti saya berpaling dan tidak lagi menoleh.

“Tidak, ada ketikanya apabila anda perlu berada di situ dan ada ketikanya sudah sampai waktunya, untuk pergi dan masa untuk berubah. Tapi itu untuk kebaikan semua, bukan hanya saya.”

Zidane bercakap mengenai pemainnya, menggambarkan hubungan mereka sebagai “penuh hormat” sambil menambah masa mereka bersama adalah “sesuatu yang akan ada di sana selamanya.”

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.