Tiga Band ‘Indie’ Berjaya Gegarkan Sunway Lagoon!

Bersempena dengan ulang tahun ke-15 Hitman Group, anak syarikatnya, Hitman Solutions telah membawakan tiga gergasi indie negara seperti Butterfingers, Hujan dan Bunkface dalam sebuah showcase paling epik tahun ini dipanggil ‘UND3RGROUND’ yang baharu sahaja melabuhkan tirainya pada malam tadi dengan kehadiran penonton seramai 6,000 orang di Surf Beach, Sunway Lagoon dengan meriah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) & Pengasas Hitman Solutions, En. Rohit Rampal menyatakan bahawa pemilihan showcase UND3GROUND ini adalah bagi meraikan tahun ke 15 penubuhan Hitman Group.

“Kami memilih showcase UND3RGROUND bagi meraikan tahun ke-15 penubuhan Hitman Group sebagai penghargaan kepada perjalanan perniagaan yang kami terajui dengan kerja keras yang telah diusahakan selama beberapa dekad ini yang selari dengan pengalaman band-band yang terlibat dalam showcase ini.

“Ia adalah kombinasi yang bersesuaian dengan kejayaan yang telah diraih oleh pengkarya indie negara, bermula dari bawah sehingga dikenali dan disegani, disamping menyediakan platform untuk pengusaha bebas.

Showcase yang bermula pada jam 8:00 malam dan berlangsung sekitar 3 jam menyaksikan persembahan hebat dari ketiga-tiga band indie yang beraksi bersama-sama di atas satu pentas semasa pembukaan Showcase UND3RGROUND. Showcase kemudiannya dihiburkan dengan persembahan selama 45 minit dari setiap band.

Butterfingers yang dianggotai Loque, Emmett, Loko dan Kadax telah mempersembahkan karya-karya nostalgia mereka seperti Taman Tasik Perdana, Tentang Tentang, Garden City Of Lights dan lain-lainnya yang nyata mengimbau kenangan masa lalu.

Seterusnya, kumpulan Hujan pula yang terdiri daripada Noh Salleh, AG Coco, Azham dan Izzat mengubati rindu peminat mereka dengan lagu-lagu yang pernah mengangkat nama band tersebut seperti Lonely Soldier Boy, Kotak Hati dan Mencari Konklusi.

Manakala band Bunkface yang muncul sekitar tahun 2005 menggamatkan keadaan dengan nukilan hits mereka seperti Darah Muda, Ekstravaganza, Revolusi dan juga beberapa lagu baharu.

Tambah En. Rohit, pihak mereka telah merangkumkan segala aspek perkhidmatan termasuklah pakar teknikal AV (audiovisual), pemasaran dan juga reka bentuk bagi memberikan yang terbaik.

“Kami menggabungkan showcase UND3RGROUND dengan sambutan ulang tahun ke-15 ini yang merangkumi segala aspek perkhidmatan yang kami sediakan, dari pengurusan acara, penerbitan acara, sehingga rangka promosi showcase, kepada pakar teknikal AV (audiovisual), pemasaran dan juga reka bentuk, bagi memberikan yang terbaik.

Tahun 2024 menjadi permulaan baharu buat Hitman Group yang semakin menerajui industri pengurusan acara di negara ini dan apabila ditanya apakah perancangan seterusnya buat penggemar muzik.”-kata En. Rohit

Konsert UND3GROUND memang epik! Apa komen anda?

The post Tiga Band ‘Indie’ Berjaya Gegarkan Sunway Lagoon! appeared first on Murai MY.

Read More

Sumber Web: Murai MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.