TMJ sumbang 100 kerusi roda untuk PPV Johor

Johor Bahru: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menyumbang 100 kerusi roda untuk diagihkan kepada 46 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan negeri Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, daripada jumlah itu, 10 unit dikhususkan untuk PPV di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini, yang dijadikan sebagai PPV AstraZeneca bermula Selasa ini.

Dalam perkembangan berkaitan, katanya, seramai 1,000 sukarelawan Southern Volunteers akan digerakkan kesemua PPV di Johor minggu depan, bagi membantu kelancaran proses pemberian vaksin.

Katanya, daripada jumlah itu, 120 sukarelawan ditugaskan di Persada Johor yang dijangka menerima 133,000 penerima vaksin.

“Sukarelawan di Persada Johor itu akan dibantu oleh Jabatan Belia dan Sukan melalui Program Malaysia Vaccine Support Volunteers

(MyVAC) dan setakat ini, seramai 460 sukarelawan sudah digerakkan ke 21 PPV untuk memberi bantuan,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat persediaan sukarelawan Southern Volunteers di Persada Johor, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan bakal penerima vaksin supaya tiba lebih awal setengah jam dari masa janji temu dijadualkan bagi mengelakkan kesesakan di PPV.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.