Tolong guna budi bicara, Hannah Yeoh ulas isu kompaun ‘rider’ makan tepi jalan

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berkata, amaran atau petunjuk SOP yang sesuai lebih ‘prihatin’ diberikan berbanding kompaun.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh, merayu budi bicara pegawai penguat kuasa ketika mengeluarkan kompaun kepada pekerja e-panggilan.

Hannah dalam kenyataan berkata, terdapat enam penghantar makanan mengadu bahawa mereka dikompaun di dua lokasi berbeza ketika makan di padang di tepi jalan.

“Riders ini sememangnya tidak ada ruang kerja. Makan di tepi jalan? Tidak selamat.”

Beliau berkata, mereka yang dikompuan pula perlu ke Pejabat Kesihatan Daerah untuk tahu berapakah denda yang perlu dibayar.

Hannah Yeoh.

“Saya merayu budi bicara pegawai penguat kuasa supaya memahami realiti di luar. Pendapatan tidak mencukupi untuk bayar kompaun. Mungkin amaran atau petunjuk SOP yang sesuai lebih ‘prihatin’ diberikan berbanding kompaun.

“Kita nak lawan Covid-19, bersama-sama mendidik dan memahami golongan yang susah dan rajin bekerja mencari pendapatan halal,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MUTC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, SOP dalam kes berkenaan tidak begitu jelas, menyebabkan kekeliruan antara pekerja dan pihak penguat kuasa.

“Banyak tempat kerja tidak mempunyai kafeteria atau pantri untuk kakitangan mereka. Di manakah pekerja ini sepatutnya makan? Pekerja sekurang-kurangnya dibenarkan menggunakan meja dan kerusi,” katanya.

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.