Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

“Tolong kami putuskan rantaian COVID-19 di Kelantan”

bhnews@bh.com.my

KOTA BHARU: “Sudah lebih setahun, saya dan rakan-rakan mengendalikan pesakit COVID-19 setiap hari.

“Saya juga menyaksikan kematian mereka, ada yang kritikal dan ada yang datang dalam keadaan okay.”

“Tiada perkataan lain yang boleh saya luahkan, melainkan merayu kepada rakyat Kelantan supaya patuh prosedur operasi standard (SOP),” luah Dr Razak Daud, 51.

Dr Razak yang bertugas sebagai Pakar Perubatan Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), melahirkan rasa bimbang melihat perkembangan semasa kes COVID-19 di negeri ini yang setiap hari mencecah tiga angka.

“Masyarakat yang tidak melihat di depan mata mereka keadaan pesakit COVID-19 mungkin tidak gerun dan mengambil sambil lewa SOP yang diwar-warkan kerajaan.

“Namun, besar harapan saya agar rakyat di negeri ini patuh SOP dan kekal di rumah sekiranya tiada hal penting.

“Tolong kami untuk putuskan rangkaian COVID-19. Tanpa kerjasama semua, kita tidak akan berjaya,” katanya ketika dihubungi.

Dr Razak yang juga Ketua Perkhidmatan Kecemasan Kelantan, berkata masyarakat diingatkan tidak terlalu selesa memandangkan wabak itu sudah berada dalam komuniti dan diibaratkan seperti berperang dengan musuh yang tidak nampak.

“Saya juga merayu kepada mana-mana individu yang datang membuat saringan COVID-19 supaya tidak menyembunyikan maklumat sekiranya mempunyai kontak rapat atau ahli keluarga yang meninggal dunia disebabkan wabak ini.

“Ia secara tidak langsung memberi risiko kepada petugas yang menangani pesakit COVID-19 meskipun mereka memakai pakaian lengkap peralatan perlindungan diri (PPE),” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version