Tren LRT bertembung, 213 penumpang cedera, 47 serius

Gambar tular di media sosial menunjukkan keadaan di dalam kereta api yang dikatakan terlibat nahas.

PETALING JAYA: Sejumlah 213 penumpang mengalami kecederaan, 47 daripadanya serius dalam kemalangan melibatkan dua kereta api Transit Aliran Ringan (LRT)  sebentar tadi.

Sejumlah 166 penumpang lagi mengalami kecederaan ringan. Prasarana Malaysia mengesahkan nahas itu, susulan dakwaan di media sosial bahawa berlaku kemalangan melibatkan pertembungan dua kereta api.

Butiran kejadian belum dapat disahkan, namun Prasarana mengesahkan kejadian melibatkan kereta api nombor 40 dan 81.

Gambar dan video yang tular di media sosial menunjukkan penumpang dengan luka berdarah.

Prasarana berkata, pasukan perubatan berada di tempat kejadian untuk merawat mangsa.

“Sila bertenang dan patuhi segala arahan. Pihak kami sedang berusaha secepat mungkin untuk memberi bantuan dan mengawal keadaan.

“Semua penumpang yang cedera telah dipindahkan ke platform. Bantuan kecemasan dan usaha menyelamat sedang dijalankan.

“Keutamaan kami adalah memastikan keselamatan semua penumpang kami,” kata jurucakap Prasarana.

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.