Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

Tunda siaran dua drama tak ganggu ‘rating’

sudirman@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penundaan tayangan dua drama iaitu Cukup Derita Itu (CDI) menerusi Slot Samarinda dan Kekasih Hati Mr Bodyguard (KHMB) di Slot Lestary tidak menjejaskan jumlah tontonan atau ‘rating’ di TV3.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Nini Yusof berkata ‘rating’ TV3 masih kukuh.

“‘Rating’ keseluruhan saluran TV3 masih kukuh kerana ia hanya membabitkan dua slot drama. Waktu siaran masih penuh dengan rancangan terbaharu termasuk slot Akasia.

“Drama ulang tayang yang dipilih mempunyai kekuatannya tersendiri dari segi jalan cerita dan lakonan padu pelakon. Untuk slot Samarinda, kami memilih drama bersiri popular Love You Mr Arrogant (LYMA) lakonan Zara Zya dan Azlee Khairi yang pernah mencipta fenomena besar.

“Slot Lestary pula kami memilih Kebaya Kasut Kanvas. Drama komedi gandingan Nabila Razali dan Fahrin Ahmad dengan penampilan istimewa selebriti dan pempengaruh atau ‘instafamous’ popular yang menjadi teka-teki calon suami dalam drama itu seperti Ismail Izzani, Haqiem Rusli, Sean LJE, Azrel Ismail, Malek Mccrone, Yusof Hashim, Ash Nordin, Ikmal Amry dan Dr. Say Shazril mempunyai pengikut yang tinggi untuk menonton drama komedi ini,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Nini, kedua drama yang ditunda tayangan buat sementara waktu itu masing-masing mencecah ‘rating’ 3 juta tontonan bagi CDI dan 4 juta bagi KHMB pada setiap episod.

“Drama Cukup Derita Itu karya daripada Siti Rosmizah menamatkan episod 20 pada 9 Jun. Gandingan hebat Hisyam Hamid dan Ruhainies itu berjaya mencapai 3 juta penonton pada setiap episod bersiaran. Pasti ramai yang ingin tahu apa kesudahan nasib Zarul dan Elani.

“Begitu juga dengan drama Kekasih Hati Mr Bodyguard arahan Nizam Zakaria dan lakonan mantap Redza Rosli dan Sharifah Rose turut mendapat sambutan luar biasa apabila konsisten mencapai 4 juta penonton pada setiap episod yang disiarkan,” katanya.

Dalam masa sama, Nini berkata pihaknya sudah bersedia dengan tayangan drama baharu meskipun kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 disambung untuk tempoh dua minggu lagi iaitu sehingga 28 Jun ini.

“Alhamdulillah, drama Masih Ada Rindu sedang bersiaran menerusi slot Akasia dan Budak Tebing 2 bakal ditayangkan di slot Lestary bermula 18 Jun ini. Kedua-dua drama ini akan bersiaran seperti yang dijadualkan.

“Sekiranya perlu ulang tayang, kami akan mengutamakan drama yang mendapat tempat di hati penonton dan terbukti dengan catatan ‘rating’ yang tinggi supaya mereka terus terhibur dengan sajian program yang disediakan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version