Ultra kiasu diam membisu apabila Nabi dihina – ismaweb

BANGI, 11 Zulkaedah 1443H, Sabtu – Tidak pelik apabila pemimpin parti ultra kiasu membisu selepas umat Islam bersatu mengecam kenyataan kontroversi dua ahli politik India yang didakwa menghina Nabi Muhammad ﷺ.

Bagaimanapun pendakwah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah percaya pihak berkenaan akan bersuara sekiranya agama selain Islam dihina.

“Apabila dua pemimpin laknat, Parti Bharatiya Janata (BJP) Nupur Sharma dan Navin Kumar Jindal menghina Nabi Muhammad ﷺ, kita tidak dengar pula pemimpin-pemimpin ultra kiasu, DAP, MIC, Gerakan dan lain-lain mengutuk tindakan penghinaan tersebut.

“Bayangkan sekiranya, perkara sama kita lakukan terhadap agama-agama lain seperti Buddha, Hindu dan Kristian. Pastinya reaksi berlainan sama sekali,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Pun begitu, Prof Ridhuan Tee menegaskan perkara itu tidak akan berlaku sama sekali kerana Islam tidak mengajar umatnya melakukan tindakan sedemikian.

“Insiden seperti jelas menunjukkan siapa ultra kiasu ini sebenarnya. Adakah kita masih buta?” katanya.

Sebelum ini, Malaysia bersama Indonesia, Qatar, Kuwait, Iran, Arab Saudi dan negara-negara Islam lain mengutuk ucapan biadab dua ahli politik kanan BJP – parti pemerintah India – Nupur Sharma dan Navin Kumar Jindal terhadap Rasulullah ﷺ.

Kenyataan dua individu itu telah mencetuskan gelombang kemarahan yang meluas di Asia Barat, selain dikutuk hebat oleh pelbagai negara sehingga Kuwait memunggah keluar produk India dari rak jualannya.

Untuk lebih banyak berita di Neotizen News, Klik SINI

Read More

Sumber Web: Portal Islam dan Melayu

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.