United patut ditolak enam mata

MANCHESTER: Manchester United perlu ditolak enam mata susulan pemilihan pemain oleh Ole Gunnar Solskjaer menentang Leicester yang disifatkan ‘tidak menghormati lawan’, kata legenda West Ham, Trevor Sinclair.

Dengan dua perlawanan dalam tempoh 48 jam, Solskjaer menegaskan dia perlu melakukan rombakan besar-besaran yang menyaksikan dia menurunkan kelibat pemain yang begitu berbeza berbanding skuad yang menewaskan Aston Villa, Ahad lalu.

Mereka tewas 2-1 dengan membuat 10 pertukaran termasuk menyenaraikan pemain seperti Amad Diallo, Anthony Elanga dan Brandon Williams dan kemenangan itu membolehkan Leicester berada pada landasan tepat dalam perebutan kelompok empat pasukan teratas.

Kekalahan United juga menyaksikan Manchester City bergelar juara Liga Perdana Inggeris (EPL) namun Sinclair menegaskan tindakan perlu diambil untuk menghukum polisi rombakan Solskjaer.

“Saya tidak merendahkan pemain yang beraksi malam ini (semalam) tetapi dengan 10 pertukaran, ini adalah pasukan B mereka.

“Saya berpendapat ia tidak menghormati lawan dan menjejaskan perebutan bagi kelompok empat pasukan teratas.

“Pasukan yang akan menerima kesan atas tindakan sambil lewa United ini adalah berkemungkinan Chelsea, Liverpool, West Ham dan Tottenham.

“Saya fikir mereka perlu dihukum. Tiga mata tidak cukup kerana ia tidak menjejaskan apai-apa.

“Saya fikir dengan cara mereka menyusun pemain, tidak menjaga keselamatan stadium, mereka perlu ditolak enam mata,” kata Sinclair yang pernah beraksi bersama England dan Manchester City. – AGENSI

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.