Usaha buru pihak sebabkan kerugian 1MDB, SRC diteruskan

[email protected]

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak akan berkompromi menegakkan keadilan dan memburu pihak yang menyebabkan kerugian kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd (SRC).

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata tindakan itu akan merangkumi pihak yang terbabit semasa menjalankan tanggungjawab mahu pun melalui pembabitan secara langsung atau tidak langsung dalam pelbagai operasi serta transaksi 1MDB dan SRC.

Beliau berkata, baru-baru ini, sebanyak RM1.9 bilion (AS$452.36 juta) sudah didepositkan ke dalam Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset (Assets Recovery Trust Account) oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ).

Wang berkenaan, katanya, adalah sebahagian daripada dana berkaitan dengan 1MDB yang disita.

“Ini adalah satu perkembangan yang menggalakkan memandangkan baki semasa Akaun Amanah hanya cukup untuk melunaskan prinsipal dan faedah hutang 1MDB bagi 2021 dan 2022 sahaja.

“Baki ini tidak termasuk jumlah penyelesaian sebanyak RM2.83 bilion yang akan diterima daripada AMMB Holdings Bhd serta RM336 juta dari Deloitte PLT.

“Di samping itu, rundingan juga sedang dijalankan dengan KPMG,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-53, semalam.

Tengku Zafrul berkata, setelah semua dana Akaun Amanah

digunakan, kerajaan tetap perlu menanggung obligasi bayaran baki hutang 1MDB.

Beliau berkata, ini kerana hutang terbabit adalah disokong oleh kerajaan melalui Jaminan Kerajaan dan Surat Sokongan ketika ia diterbitkan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.