Vaksin Pfizer boleh disimpan dalam peti sejuk sebulan: EMA

THE HAGUE: Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) meluluskan penyimpanan vaksin Pfizer-BioNTech dalam peti sejuk sehingga sebulan, menjadikan ia langkah yang seharusnya dapat meningkatkan proses pemberian suntikannya di seluruh kesatuan itu.

EMA berkata, tempoh penyimpanan di dalam peti sejuk bagi botol vaksin yang belum dibuka, pada mulanya harus disimpan dalam peti sejuk beku, dilanjutkan daripada lima hari.

“Peningkatan tahap fleksibel dalam penyimpanan dan pengendalian vaksin diharap dapat memberi kesan yang signifikan terhadap perancangan dan logistik proses pemberian vaksin di negara anggota Kesatuan Eropah (EU),” kata EMA yang berpusat di Amsterdam.

“Perubahan ini memanjangkan tempoh penyimpanan botol vaksin yang belum dibuka dan diluluskan pada suhu dua hingga lapan darjah Celsius daripada lima hari hingga sebulan (31 hari),” katanya.

Keberkesanan tinggi vaksin Pfizer terhadap wabak COVID-19 disulitkan oleh kesukaran untuk menyimpan dan mengangkut vaksin itu yang sebelum ini perlu disimpan dalam keadaan sejuk beku.

Pada Mac lalu, EMA berkata ia boleh disimpan di dalam peti sejuk biasa, sebelum membiarkannya tetap disimpan untuk jangka waktu yang pendek.

Pembangun vaksin Jerman, BioNTech, yang membuat vaksin bersama gergasi farmasi AS Pfizer, berkata EMA membuat keputusan itu berdasarkan maklumat baharu yang diberikannya.

“Perubahan keadaan simpanan berdasarkan data baharu kajian kestabilan mengesahkan kualiti produk selama 31 hari,” katanya dalam satu kenyataan. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.