Vanessa Dedah Pernah Hampir Putus Asa, Trofi AIM23 Jadi Pembakar Semangat!

Penyanyi Vanessa Reynauld akui terharu dan gembira apabila diiktiraf sebagai Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) Ahad lalu.

Menurut Vanessa, sorakan para hadirin meraikan kemenangannya membuatkan dia berasa sebak ketika naik semula ke pentas, usai membuat persembahan menyanyikan single Buat Ku Sempurna.

“Apabila saya dengar nama saya diumumkan oleh penyampai anugerah, ketika itu saya di belakang pentas baru selesai buat persembahan.

“Saya terkejut, sampai di atas pentas rasa macam tak percaya tambahan para hadirin pun bersorak untuk saya, ia membuatkan saya sebak dan emosi,” katanya.

Dalam pada itu Vanessa menambah, trofi anugerah berprestij seperti AIM adalah sangat didambakan selama dia berkecimpung dalam industri hiburan tanah air.

Ia sekaligus menjadi pembakar semangat untuk dia bertahan dan terus berkarya dalam dunia muzik.

“Selama ini saya benar-benar ingin memenangi anugerah untuk bakat saya dan apa yang telah saya sumbangkan terhadap industri juga.

“Malah, saya pernah rasa hampir nak putus asa, tapi bila menerima anugerah ini, saya rasa lebih bersemangat untuk teruskan perjuangan dalam industri hiburan di Malaysia,” katanya lagi.

Tahniah diucapkan kepada Vanessa Reynauld, semoga terus bersinar!

The post Vanessa Dedah Pernah Hampir Putus Asa, Trofi AIM23 Jadi Pembakar Semangat! appeared first on Murai MY.

Read More

Sumber Web: Murai MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.