Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

[Video] Dua Pemandu Kereta Enggan ‘Mengalah’, Satu Terbabas dan Terbalik

 

Disebabkan enggan mengalah, sebuah kereta terbabas dan terlanggar penghadang jalan seterusnya terbalik dalam sebuah video yang tular di media sosial.

Menerusi rakaman video ‘rearcam’ berdurasi 1 minit 29 saat itu, kelihatan sebuah kereta Proton Waja menukar laluan ke kanan secara tiba-tiba menyebabkan sebuah kereta Honda City Hatchback terpaksa menekan brek mengejut.

Mungkin tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu Waja, kedua-duanya seakan melakukan provokasi di atas lebuh raya hingga berlaku perlanggaran sesama mereka dan menyebabkan kereta Waja terbabas dan terbalik.

Bagaimanapun, setakat ini tidak dinyatakan lokasi kejadian.

 

So macam mana kira ni? Kira buku bertemu ruas ka lagu mana? Tapi ending tak cun lahai. Bulan ramadan ni cuba banyakkan bersabar pic.twitter.com/F1mBkXVAiO

— Anaz. iDevice Repair (@annazrulan) April 7, 2024

“Faham, Honda marahkan Waja sebab Waja masuk lane kanan last minute, tapi dia masuk sebab tak sempat brake and lori ada lane kiri. Honda pula, takyahla provok sampaikan dah dapat take over Waja, kau stall dia macam tu, dah la dekat highway pula tu. Hon, maki & move on sudah laa

“Rasa macam kereta rearcam dnagan Waja ni ahli keluarga. Pantas diaorang berhenti bila Waja eksiden. Pada pendapat saya lah, Waja potong lane sebab kereta rearcam nak potong lori, nak follow sangat sampai bahayakan Honda,” antara komen netizen pada hantaran video tersebut.

Read More

Sumber Web: The News Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version