Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

[Video] Remaja Maut Rempuh Kenderaan Polis

 

Seorang remaja maut selepas motosikal yang ditunggang merempuh kenderaan pacuan empat roda polis di Jalan Gangsa – kesang Durian Tunggal awal pagi semalam.

Dalam kejadian pada jam 2.56 pagi, mangsa Mohammad Khairul Basahri, 18, dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawaran di Hospital Melaka.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata, nahas berlaku ketika pihak polis sedang melakukan rondaan cegah lumba haram susulan menerima aduan daripada penduduk setempat.

“Anggota Balai Polis Durian Tunggal membuat rondaan selepas menerima aduan awam berkaitan individu berkumpul mengadakan aktiviti lumba motosikal dan membuat bising di lampu isyarat Gangsa.

“Setiba di lokasi lampu mata arah dan siren telah dinyalakan untuk memberitahu kehadiran polis, menyebabkan sekumpulan penunggang motosikal bertempiaran melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam tadi.

Video kejadian menjadi tular di media sosial sejak semalam memaparkan motosikal dinaiki mangsa merempuh kenderaan polis yang hendak membelok ke kanan dari arag Durian Tunggal ke Gangsa.

“Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC telah mengalami kecederaan parah di kaki serta badan dan dikejarkan ke zon merah Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan.

“Dia bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada pukul 12.37 tengah malam tadi kerana kecederaan dalaman,” katanya.

Sisatan secara telus dan professional akan dilakukan Polis Melaka dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh salurkan atau hubungi Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah di talian 06-5563222.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987

Sumber : Kosmo

Read More

Sumber Web: The News Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version