[VIDEO] Rosix Dedahkan Nama ‘Teman Wanita’ Jebat Jayden, Bakal Menantu Noor Nabila?-“Dik, Akak Ni Pun Masih Single”

Siapa yang tidak kenal dengan anak lelaki pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila iaitu Jebat Jayden yang semakin menjadi perhatian warganet. Kepetahan bercakap Jebat Jayden membuatkannya mempunyai ramai pengikut di sosial media kerana telatahnya yang kadangkala melucukan itu.

Jebat Jayden sering menjadi perhatian ramai tidak kira bersama siapa pun dia berada pasti akan ada gelagat yang mencuit hati yang dilakukannya itu. Semua telatahnya sering dikongsikan di sosial media dan membuatkan ramai yang terhibur.

“Cerita Sini Habis Sini, Satu Malaysia Dah Tahu Ni”-Netizen

Terdahulu, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Rosix Omar yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 256 ribu, tanda suka sebanyak 7,592 dan sebanyak 45 komen.

Di dalam video tersebut, memaparkan Rosix yang meneka nama teman wanita Jebat Jayden.

“Okay, Rosix dah tahu dah nama girlfriend Jayden, Rosix teka ehh kalau betul cakap betul. Nama dia Zoey kan”-kata Rosix

“Yer Betul”-jawab Jebat Jayden

@rosixomar25

Citer sini hbs sini #rosixomar #jebatjayden

♬ original sound – Rosixomar – Rosixomar

Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Jebat Jayden mempunyai teman wanita pada usia yang muda sedangkan mereka yang menonton masih tiada teman wanita.

Apa-apa pun, semoga Jebat Jayden membesar menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada ibu bapanya itu. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

Apa kata anda?

The post [VIDEO] Rosix Dedahkan Nama ‘Teman Wanita’ Jebat Jayden, Bakal Menantu Noor Nabila?-“Dik, Akak Ni Pun Masih Single” appeared first on Murai MY.

Read More

Sumber Web: Murai MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.