Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-BSTapq.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-BSTapq.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

Video ‘wheelie’ tular, wanita dan lelaki ditahan polis

Video tular berdurasi 31 saat menunjukkan aksi ‘wheelie’ seorang wanita menunggang motosikal yang turut dibonceng seorang lelaki di Batu Pahat.

JOHOR BAHRU: Tindakan wanita berusia 21 tahun memuat naik video aksi “wheelie” motosikal yang ditunggangnya bersama seorang lelaki akhirnya mengundang padah selepas kedua-dua mereka ditahan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Ismail Dollah berkata, pihaknya mengesan video berdurasi 31 saat yang tular di media sosial itu pada jam 2.30 petang.

Beliau berkata, kejadian dalam video tular berkenaan berlaku di Jalan Dato’ Syed Esa di Batu Pahat pada 4.45 petang, 10 Mei lalu.

“Wanita berusia 21 tahun tersebut dan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan di rumah masing-masing di Jalan Pantai di Batu Pahat dan sebuah motosikal juga disita,” katanya dalam satu kenyataan.

Ismail berkata, kedua-dua individu tersebut kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin dan kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Pindaan 2020).

Beliau berkata, jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih lima tahun dan denda RM5,000 hingga RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun.

Beliau menasihatkan pengguna jalan raya supaya tidak melakukan aksi yang boleh membahayakan nyawa sendiri atau orang lain, dan ibu bapa juga perlu memantau anak-anak mereka.

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.