Vietnam cadang bina lapangan terbang di kawasan dipertikai

HANOI: Lembaga Penerbangan Awam Vietnam mencadangkan pembinaan lapangan terbang di Kepulauan Spratly yang dipertikaikan, lapor akhbar Thanh Nien.

Agensi penerbangan berusaha memasukkan lapangan terbang Spratly dalam Pelan Induk Kementerian Pengangkutan 2021-2030, lapor Thanh Nien yang memetik cadangan kepada kementerian itu.

Akhbar itu melaporkan, cadangan agensi penerbangan bertarikh kelmarin, itu turut merangkumi lapangan terbang di Pulau Ly Son di wilayah Quang Ngai dan Pulau Phu Quy di wilayah Binh Thuan.

Agensi berkenaan berkata, lapangan terbang itu akan mewujudkan pertumbuhan ekonomi di pulau penting secara geografi, selain menegaskan kedaulatan Vietnam terhadap wilayah terbabit, seperti dilapor Thanh Nien.

Kepulauan Spratly adalah sebahagian daripada wilayah dipertikaikan di Laut China Selatan.

China menuntut lebih 80 peratus perairan berkenaan dan menyokong tuntutannya dengan peta 1947, menunjukkan tanda titik samar, kononnya sembilan garis putus menghala titik kira-kira 1,800 kilometer di selatan pulau Hainan.

Vietnam, Filipina, Brunei, Malaysia dan Taiwan menuntut bahagian dari kawasan maritim sama dan berdebat dengan China kerana tuntutan itu sah.

Laporan pihak berkuasa itu dibuat selepas pegawai di wilayah pesisir tengah Quang Ngai mencadangkan pembinaan lapangan terbang di Ly Son, berhampiran pulau Paracel dan Spratly, kata Thanh Nien. – BLOOMBERG

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.