VIP, selebriti, jangan bangga langgar SOP

[email protected]

KOTA BHARU: Golongan VIP, selebriti, instafamous, ketua jabatan dan pemimpin masyarakat serta asatizah (ustaz dan ustazah) disaran supaya menjadi contoh teladan kepada orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin, turut meminta golongan berkenaan menjadi pendokong kepada usaha kerajaan dalam memutuskan rantaian COVID-19.

“Jadilah contoh teladan kepada orang ramai, sebagaimana firman Allah surah Ahzab ayat ke 21 yang bermaksud, Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari Kiamat dan yang banyak mengingat Allah.”

“Jadilah pendokong usaha kerajaan dan menjadi contoh kepada masyarakat dalam usaha kita memutuskan rantaian penularan COVID-19.

“Patuhi SOP dan jangan berbangga melanggar SOP. Insya-Allah orang ramai akan turut serta menyokong agenda ini,” katanya menerusi status yang dimuat naik di Facebook.

Semalam, Kelantan merekodkan 626 kes harian dengan dua kluster baharu iaitu Kluster Kampung Jakar dan Kluster Kampung Panggong.

Kluster Kampung Jakar membabitkan daerah Machang iaitu kluster komuniti yang sehingga semalam sudah merekodkan 10 kes.

Kluster Kampung Panggong pula direkodkan di Pasir Puteh yang sehingga semalam merekodkan lapan kes.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.