Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-ofKjao.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-ofKjao.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

WAGS suntik semangat The Three Lions

LONDON: Isteri dan teman wanita (WAGS) bintang England akan menjadi tonik tambahan buat skuad The Three Lions di Wembley selepas masing-masing disahkan bebas daripada jangkitan COVID-19.

Semua mereka menjalani ujian saringan COVID-19 yang dilakukan oleh kakitangan perubatan kelab pemain, 48 jam sebelum aksi sulung Euro 2020 menentang Croatia, malam esok.

Mereka termasuklah teman wanita Harry Kane, Katie Goodland; isteri Jordan Pickford, Megan Davison; tunang Harry Maguire, Fern Hawkins, selain tunang Kyle Walker, Annie Kilner.

Difahamkan, semua wanita berkenaan akan bertemu di lokasi rahsia untuk makan tengah hari yang turut disertai ahli keluarga masing-masing.

Mereka kemudiannya akan dibawa menaiki bas ke Wembley dan Persatuan Bola Sepak (FA) England juga menyediakan pegawai bagi membantu kumpulan terbabit.

Bagaimanapun, protokol ketat dikenakan bagi memastikan semua mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang ditetapkan.

“WAGS dan keluarga tidak dibenarkan hadir menonton aksi pemain di stadium disebabkan COVID-19, tetapi kehadiran semula penyokong di stadium adalah penting untuk mereka turut disenaraikan sekali.

“FA England dan jurulatih, Gareth Southgate sedar betapa pentingnya kehadiran keluarga kepada pemain.

“Mereka akan menjadi watak penting buat pasukan England untuk mencapai kejayaan pada kempen kali ini,” kata sumber. – Agensi

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.