Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-E4btbV.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-E4btbV.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

Wanita muat naik kata kesat, ugut petugas SJR ditahan

[email protected]

Kuala Lumpur: Seorang pengguna akaun Facebook yang memuat naik hantaran menggunakan bahasa kesat dan ugutan kepada petugas sekatan jalan raya (SJR) di Putrajaya, ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohr Fadzil Ali berkata, penahanannya selepas laporan polis dibuat terhadap wanita berusia 36 itu yang menggunakan akaun atas nama, Diana Mat.

Menurutnya, siasatan awal mendapati sebelum laporan polis dibuat, tular beberapa tangkap layar kenyataan yang di muat naik suspek di media sosial.

“Susulan itu, pada jam 9 malam tadi, wanita terbabit yang juga pengarah syarikat pembungkusan di Petaling Jaya, ditahan.

“Polis merampas telefon bimbit milik wanita itu yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran di Facebooknya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, suspek kini ditahan dan akan dibawa ke hadapan Majistret Putrajaya bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

“Pengguna media sosial yang lain dinasihatkan berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan atau komen yang boleh menjatuhkan imej, kredibiliti dan maruah seseorang ataupun jabatan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.