Wanita Sarat Hamil Berjaya Diselamatkan Selepas 2 Jam Tersangkut Dalam Lift

Tular di laman sosial tiktok dengan video bomba menyelamatkan seorang perempuan yang tersangkut didalam lift. Dikatakan wanita tersebut sedang sarat mengandung dan hampir 2 jam tersangkut didalam lift. Video tersebut dikongsi di akaun tiktok wanita tersebut  @farieynanasya1_.

“Pengalaman 9 Bulan Bawa Perut”

@farieynanasya1_

Pengalaman 9Bulan bawa perut . Stuck dalam lift … alhamdulillah semua baik… thankyou abg Bomba . Call maintainance belum sampai. Abang bomba penyelamat …

♬ Setanggi syurga – Dyna Evasive

Menerusi video tersebut, terlihat pasukan bomba bertungkus-lumus menyelamat wanita tersebut. Menurutnya, dia telah menghubungi pihak penyelenggaraan tetapi masih belum sampai. Dia mengucapkan terima kasih kepada pihak bomba kerana telah menyelamatkannya yang sedang sarat mengandung.

Pengalaman 9 Bulan bawa perut . Stuck dalam lift … alhamdulillah semua baik… thankyou abang Bomba . Call maintainance belum sampai. Abang bomba penyelamat

Dia juga mengatakan suami dan anak-anaknya juga setia menunggu di luar lift sehingga dia berjaya diselamatkan.

anak dan suami setia menunggu mummu keluar dengan selamat. mummy mummy- tulisnya

Fobia Naik Lift

Menjengah ke ruangan komen ramai yang mengatakan mereka turut fobia untuk menggunakan lift akibat takutkan perkara ini berlaku. Mereka juga mengucapkan rasa syukur kerana wanita itu berjaya diselamatkan.

Sbb tu aku fobia naik lif. Sbb ak pernah tsngkut lif tibe2 keluar batu je. Ade dkt stgh jam baru lah lif tu jalan mcm biasa. Pegalaman dduk kuaters.

Fobia,, dahla panas dalm tu, pastu plak kiri kanan atas bawah mcm dinding besi.. mmg seram.. makin lama oksigen makin kurang

Alhamdulillah..Nasib baik semuanya selamat

VIA Tiktok farieynanasya1_

Apa- apapun pihak Murai My bersyukur wanita tersebut diselamakan dan berharap agar perkara sebegini tidak akan berulang.

The post Wanita Sarat Hamil Berjaya Diselamatkan Selepas 2 Jam Tersangkut Dalam Lift appeared first on Murai MY.

Read More

Sumber Web: Murai MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.