Warga Palestin dibunuh tentera Israel di Tebing Barat

RAMALLAH: Tentera Israel membunuh seorang Palestin di Tebing Barat hari ini menurut sumber keselamatan Palestin dan Israel.

Kejadian itu berlaku beberapa jam sebelum Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Anthony Blinken, tiba di Tel Aviv untuk memulakan perbincangan genjatan senjata antara Palestin dan Israel.

Sumber keselamatan Palestin memberitahu pasukan itu membunuh seorang pemuda di kem pelarian Al-Amari dekat Ramallah.

Sebuah hospital di Ramallah mengenal pasti orang yang mati sebagai penduduk kem, Ahmad Jameel Fahad.

Seorang pegawai keselamatan Israel memberitahu AFP bahawa insiden itu berlaku dalam ‘cubaan penangkapan aktivis pengganas di Ramallah’ yang mana salah seorang yang membantu aktivis itu dibunuh oleh polis sempadan.

Namun, tidak jelas sama ada suspek ditangkap sebelum terkorban.

Tentera Israel melakukan penangkapan di Tebing Barat berikutan keganasan yang meletus ekoran konflik 11 hari antara Israel dan pejuang Islam Gaza, Hamas, yang berakhir dengan gencatan senjata yang diusahakan Mesir, Jumaat lalu.

Blinken, yang tiba di Tel Aviv hari ini memberitahu kehadirannya bagi menyokong ‘usaha untuk memperkuat gencatan senjata’.

Beliau dijadualkan bertemu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Baitulmaqdis, dan bakal bertemu dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas selepas itu. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.