Warga Vietnam, Indonesia antara dicekup aktiviti judi

[email protected]

KUALA LUMPUR: Polis menahan 14 individu termasuk 11 warga Vietnam, Indonesia dan Bangladesh kerana disyaki terbabit aktiviti perjudian dalam talian dalam serbuan di dua premis dekat D’ Pandan Business Square serta Taman Bukit Teratai, Ampang Jaya, semalam.

Menerusi Op Dadu jam 3 petang itu, semua suspek berusia antara 24 hingga 71 tahun ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata turut dirampas 10 komputer riba, 52 kad daun terup, sejumlah wang tunai dan beberapa peralatan digunakan untuk kegiatan perjudian dalam talian.

“Semua suspek direman empat hari hingga Jumaat ini mengikut Seksyen 4(1)(c) dan Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 selain Peratuan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Orang ramai dinasihatkan tidak terbabit kegiatan perjudian kerana tindakan tegas berlandaskan undang-undang akan diambil terhadap penganjur serta pelanggan terbabit atau berada dalam premis menjalankan kegiatan berkenaan.

“Polis juga meminta orang awam supaya menyalurkan maklumat perjudian kepada IPD Ampang Jaya di talian 03 4289 7222 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.