Wisma Putra akan bincang isu ceroboh ruang udara dengan China

Hishammuddin Hussein (kanan) menemui rakan sejawatannya dari China, Wang Yi di Kuala Lumpur pada Oktober tahun lalu. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Menteri Luar Hishammuddin Hussein dijangka akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatan di China, Wang Yi bagi berbincang isu berhubung pencerobohan ruang udara membabitkan kedua negara itu.

Wisma Putra dalam kenyataan berkata, ia bagi memastikan isu berkenaan tidak berulang demi keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan.

Terdahulu, Kementerian Luar dilaporkan berkata akan membuat bantahan diplomatik mengenai penerbangan mencurigakan 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) yang dikesan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Katanya, Duta Besar China juga akan dipanggil untuk memberi penjelasan berhubung perkara itu.

TUDM mengesan penerbangan mencurigakan 16 pesawat tentera udara China menghampiri ruang udara negara pada 31 Mei lalu.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.