Youtuber 93 tahun

Tokyo: Usia bukan penghalang untuk seorang lelaki berusia 93 tahun menjadi YouTuber permainan video terkenal di Jepun.

Lelaki terbabit yang juga pesara pemandu teksi kini menghabiskan masa terluangnya dengan bermain permainan video lumba kereta.

Bukan itu saja, dia juga mempunyai saluran YouTube yang memaparkan aksinya memandu kereta di dalam permainan video berkenaan.

Lelaki terbabit mula tular selepas video rakaman dia bermain permainan video lumba kereta dimuat naik cucunya.

Lengkap dengan kelengkapan memandu seperti stering dan alat kawalan gear menjadikan aksinya bermain video lebih menarik.

Berdasarkan rakaman video itu, ramai yang menganggap warga emas terbabit seorang pelumba kereta yang cekap ketika zamannya.

Menerusi laporan berita Kotaku, lelaki terbabit menjadi pemandu teksi di sekitar Tokyo sejak 1960 namun sebelum itu menjadi pemandu lori sampah selama 20 tahun.

Sejak bersara, cucu lelaki itu mendapat idea untuk menyediakan permainan video perlumbaan kereta yang menjadi hobi datuknya satu masa dulu.

Kisahnya menjadi tular selain inspirasi kepada ramai penggemar permainan video untuk menjadi sepertinya apabila tua kelak.

Dalam usia sedemikian, peminat permainan video ternyata kagum dengan kebolehan lelaki itu memandu sehingga menang pelbagai ‘perlumbaan’.

Malah, dia kini mampu menggunakan pelbagai kereta berkuasa tinggi Eropah seperti Ferrari dan Lamboghini di dalam permainan video berkenaan kerana menang beberapa ‘perlumbaan.’

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.