Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.

Zahid tiba di Istana Negara untuk menghadap Agong

Kenderaan yang membawa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memasuki pintu masuk Istana Negara pagi tadi

KUALA LUMPUR: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi tiba di Istana Negara pagi ini untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada hari ketiga siri pertemuan dengan pemimpin parti politik.

Beliau adalah ketua parti kelapan yang diundang oleh Yang di-Pertuan Agong dalam sesi perjumpaan yang bermula 9 Jun untuk membincangkan keadaan darurat dan langkah untuk memerangi pandemik Covid-19.

Pertemuan sebelum ini menyaksikan pemimpin Bersatu, PKR, DAP, Amanah, MCA, Pejuang, PAS dan Warisan berkongsi pandangan mereka dengan Agong.

Sesi menghadap itu diadakan menjelang pertemuan khas Majlis Raja-raja Melayu pada 16 Jun untuk membincangkan keadaan darurat dan usaha memerangi wabak Covid-19.

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.