Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.

Zakiah Anas Fikir Sahabatnya, Zalina Memilih Hidup ‘Low Profile’

Bekas personaliti TV3, Zakiah Anas mendedahkan dia sering cuba menghubungi sahabatnya Zalina Azman sebelum ini tetapi tidak berjaya. Zakiah berkata kepada BH Online,  Zalina tidak seperti rakannya yang lain yang aktif media sosial jika mahu dihubungi.

Walaubagaimanapun, Zakiah beranggapan Zalina hanya mahu menjalani kehidupan ‘low profile; dan hormati pendiriannya.

“Kami ingatkan Zalina mahu menjalani kehidupan ‘low profile’, jadi kami hormati pendiriannya. Namun, kami terkejut apabila anaknya membuat laporan polis.

VIA Berita Harian

Tambahnya lagi, kali terakhir dia berjumpa Zalina pada tahun 2013 sebelum dia berangkat ke Makkah untuk menunaikan haji.

“Saya rasa kali terakhir saya berjumpa ketika Zalina membuat majlis doa selamat sebelum ke Makkah. Kalau tak salah dalam 2013. Lepas balik haji, kami terus tidak berhubungan.

“Jadi, sangat lama kami tidak berjumpa dengan Zalina. Kami ‘lost contact’ sejak tidak bekerja dengan TV3. Dia pun mungkin sibuk dengan keluarganya, jadi kami tak nak kacau dan faham kehidupan masing-masing.”- katanya kepada BH Online.

Sejak semalam viral tentang berita bekas personaliti TV3 ini hilang sejak November tahun lalu. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata pihaknya menerima laporan daripada keluarga Zalina berhubung kehilangannya pada 29 November tahun lalu.

The post Zakiah Anas Fikir Sahabatnya, Zalina Memilih Hidup ‘Low Profile’ appeared first on Murai MY.

Read More

Sumber Web: Murai MY

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.