Ziarah raya, solat berjemaah di surau punca kes meningkat

[email protected]

KOTA BHARU: Ziarah raya dan solat berjemaah di surau antara punca kes COVID-19 meningkat secara mendadak di Kelantan sehingga melebihi 900 kes sehari.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin, berkata pada masa sama berlaku rentas negeri yang turut menyumbang kepada peningkatan kes di negeri itu.

Beliau berkata, kenaikan kes di Kelantan adalah di luar jangkaan kerana terlalu tinggi, selain kewujudan kluster yang banyak.

“Pada masa sama, kematian di Kelantan disebabkan COVID-19 juga meningkat secara mendadak iaitu 37 kematian pada April lalu dan 117 kematian pada bulan ini.

“Kita menjangkakan kes di negeri ini terus meningkat melebihi 1,000 kes sehari pada Jun ini, memandangkan kes sudah berada dalam komuniti. Ini yang kita bimbangkan.

“Inilah kesan disebabkan kegagalan kita semua mematuhi prosedur operasi standard (SOP), malah terbaru kita kesan masih ada penduduk melakukan solat berjemaah di surau di Pasir Mas sehingga menyebabkan 37 positif di Kampung Chetok,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Kesihatan

Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin.

Pada masa sama, Dr Izani berkata, sebanyak 12 lokasi dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kelantan dan dijangka semua lokasi itu disambung sekiranya kes masih tinggi.

“Sebanyak 14 Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) sudah dibuka dan dijangka bertambah dengan peningkatan kes,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.