Zua XPDC, isteri dan dua anak positif Covid-19

[email protected]

Kuala Lumpur: Pemain bass kumpulan XPDC, Zua dan isteri serta dua anaknya disahkan positif Covid-19 sejak enam hari lalu.

Zua yang juga pengasas kumpulan Copero Viper berkata, mereka kini menjalani kuarantin di rumah di Bangsar.

“Saya sudah kemaskini status di MySejahtera dan hanya tunggu maklumbalas daripada Kementerian Kesihatan,” katanya.

Zua berkata, dia rela dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Bersepadu di Maeps, Serdang kerana ada pemantauan doktor sekiranya apa-apa berlaku.

Zua berkata, keputusan ini diperoleh selepas mereka menjalani ujian swab di sebuah klinik swasta.

“Memang saya tahu ada penduduk sekitar sini positif Covid-19. Ikutkan saya hanya duduk rumah dan tak ke mana-mana.

“Saya syak terkena jangkitan ketika dalam lif. Buat masa ini saya amalkan pemakanan sunnah seperti habbatus sauda, madu dan minyak zaitun.

“Penyakit ini buat saya rasa panas dalam badan dan batuk yang teruk. Mulanya saya demam tapi alhamdulillah dah pulih. Deria rasa juga tiada,” katanya yang menjelaskan tidak berdaya untuk bercakap banyak.

Dia bagaimanapun bersyukur kerana jiran-jiran sekeliling prihatin dan banyak menghulurkan bantuan.

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya menerusi akaun Maybank 162795022858 atas nama isterinya, Rosidah Abdul Kadir.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • © New Straits Times Press (M) Bhd

    Read More
    Sumber Web: Harian Metro

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.