749 individu ditahan langgar SOP

[email protected]

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 749 individu kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) menerusi operasi pematuhan SOP di seluruh negara, semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata seramai 729 individu dikenakan kompaun, manakala 18 lagi direman dan dua bebaskan dengan jaminan.

“Kesalahan tidak memakai pelitup merekodkan kes tertinggi dengan 180 kes, diikuti kegagalan menjaga penjarakan fizikal (138), gagal merekod butiran diri dan daftar masuk premis (120), bawa penumpang berlebihan (55) dan 256 lagi atas lain-lain kesalahan.

“Semalam, Pasukan Petugas Operasi Pematuhan diketuai PDRM melakukan 69,542 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ismail Sabri berkata, tiada pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan menerusi Op Benteng, semalam sebaliknya hanya tiga kenderaan darat dirampas.

Selain itu, katanya, sebanyak 158 bot dan kapal turut dikesan di perairan negara melalui sembilan aktiviti penglihatan.

Mengenai operasi sanitasi awam, sebanyak 215 operasi sanitasi dilakukan membabitkan 77 zon merah, lima zon jingga, tiga zon kuning dan satu zon hijau di seluruh negara.

“Semalam, seramai 786 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan dikuarantin di stesen kuarantin di seluruh negara.

“Sejak 24 Julai tahun lalu, seramai 214,126 individu pulang ke tanah air dan daripada jumlah itu, 8,323 individu sedang dikuarantin dan 203,567 orang dibenarkan pulang, manakala 2,236 lagi dibawa ke hospital,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.