Apabila lori babi terbalik

[email protected]

Jasin: Beberapa babi berkeliaran di bahu jalan selepas lori yang membawa haiwan itu terbalik di Jalan Pondok Batang, Asahan, di sini, malam tadi.

Kejadian jam 9.50 malam itu pemandu lori berkenaan mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, lori dipandu lelaki berusia 58 tahun itu dalam perjalanan dari arah Asahan menghala ke Jasin.

Beliau berkata, lori terbabit dalam perjalanan ke Senawang, Negeri Sembilan untuk menghantar haiwan terbabit.

“Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu dipercayai hilang kawalan sebelum terbalik di bahu jalan.

“Akibat kemalangan itu pemandu lori mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Jasin untuk menerima rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kemalangan itu tidak membabitkan kenderaan lain.

“Kesemua haiwan ternakan muatan lori itu kemudian ditangkap dan dipindahkan ke lori lain oleh pihak syarikat.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.