Daesh mengaku mengebom masjid di Afghanistan

KABUL: Kumpulan militan Daesh mengaku melakukan pengeboman masjid minggu ini di pinggir ibu negara Afghanistan yang mengorbankan 12 jemaah, lapor Kumpulan Risikan SITE.

Kumpulan pemantau pengganas berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu berkata Daesh mengakui anggotanya meletakan bahan letupan dalam masjid dan meletupkannya ketika jemaah bersiap menunaikan solat pada hari kedua Aidilfitri.

Letupan yang berlaku dalam sebuah masjid di Shakar Darah, Kabul ketika solat Jumaat itu, sekali gus mencemari gencatan senjata tiga hari yang dipersetujui antara kerajaan Afghanistan dan Taliban sempena sambutan Aidilfitri.

Letupan yang mengorbankan imam masjid itu berlaku pada hari kedua gencatan senjata tiga hari antara kerajaan Afghanistan dan Taliban, yang berakhir semalam tanpa sebarang tragedi membabitkan kedua-dua pihak berkenaan

Keganasan semakin memuncak di Afghanistan selepas AS mengumumkan akan mengundurkan kesemua anggota tenteranya dari negara itu secara beransur-ansur bermula 1 Mei lalu. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.