Djokovic mara ke kelompok 16 terbaik Terbuka Perancis

PARIS: Novak Djokovic mara ke pusingan kelompok 16 terbaik saingan tenis Terbuka Perancis di sini, sebentar tadi, bagi 12 tahun berturut- turut selepas menewaskan pemain Lithuania ranking ke-93 dunia, Ricardas Berankis, 6-1, 6-4, 6-1.

Pemain nombor satu dunia itu akan berdepan wakil Itali berusia 19 tahun, Lorenzo Musetti bagi menempah tempat ke suku akhir.

Djokovic ketika ini sedang berusaha menjadi pemain pertama dalam tempoh lebih separuh abad untuk memenangi semua empat kejuaraan utama tenis dunia.

– AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.