Gol Hazard penyelamat Real Madrid

MADRID: Gol penyamaan minit ke-94 Eden Hazard membolehkan Real Madrid mengikat Sevilla 2-2 dan saingan kejuaraan La Liga kembali berpihak kepada Atletico Madrid.

Real kendalian Zinedine Zidane sebelum itu menyamakan kedudukan menerusi Marco Asensio dan menyangka mereka mendapat sepakan penalti apabila Karim Benzema dijatuhkan.

Namun VAR meminta pengadil Juan Martinez Munuera memeriksa insiden Eder Militao menyentuh bola dengan tangan ketika sepakan sudut Sevilla sebelumnya.

Sebaliknya pengadil memberikan sepakan penalti kepada Sevilla dan disempurnakan Ivan Rakitic sebelum Hazard menyamakan kedudukan.

“Mereka perlu menjelaskan peraturan sebenar berkenaan tangan kepada saya.

“Tetapi kini kami berfikir tentang perlawanan seterusnya. Ia bukan dalam kawalan kami tetapi kami akan berjuang hingga ke akhir, hingga mati,” kata Zidane.

Selepas Barcelona dan Atletico seri tanpa jaringan di Camp Nou Sabtu lalu, kedudukan di puncak La Liga tidak berubah dengan tiga perlawanan berbaki.

Atletico kini dua mata di depan Real Madrid dan Barcelona, dan peluang merangkul gelaran La Liga terletak sepenuhnya di tangan mereka. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.