Hanya 15 daripada 60,000 pengunjung acara positif Covid-19

London: Hanya 15 daripada 60,000 orang yang mengunjungi sembilan acara percubaan di United Kingdom yang membabitkan perhimpunan besar-besaran positif Covid-19.

Pegawai Kesihatan British berkata, tahap jangkitan berkenaan selari dengan jumlah kes bagi populasi yang lebih luas.

“Matlamat penyelidikan ini untuk mengkaji risiko penularan Covid-19 dalam acara besar serta melihat bagaimana orang ramai dapat menyesuaikan diri dalam perhimpunan ramai dengan selamat.

“Projek percubaan ini dikendalikan secara saintifik untuk mengurangkan risiko penularan antara pengunjung.

“Kami bekerjasama rapat dengan Saringan dan Jejak Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan Britain (NHS) untuk memastikan setiap orang boleh dikesan dengan ujian positif,” katanya.

Kerajaan membenarkan orang ramai mengunjungi acara termasuk dua perlawanan Piala FA, Kejohanan Snuker Dunia dan Anugerah Brit untuk menilai kesan penularan Covid-19.

Sejak Mac lalu, negara itu mula melonggarkan perintah sekatan dengan 22,000 pengikut bola sepak dibenarkan menonton perlawanan di Stadium Wembley dalam perlawanan akhir Piala FA, minggu lalu.

United Kingdom antara negara di Eropah yang paling teruk terjejas akibat pandemik, namun melonggarkan peraturan sekatan sebagai penghargaan untuk kejayaan kempen vaksinasi.

Perdana Menteri, Boris Johnson dijangka akan membuat pengumuman kelonggaran seterusnya minggu depan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.