Hanya perlu kemuka kad temu janji hospital, klinik

[email protected]

Kuala Lumpur: Pesakit yang mempunyai temu janji doktor dan rawatan berjadual hanya perlu mengemukakan kad temu janji tanpa surat kebenaran daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan menerima rungutan daripada orang ramai yang perlu mendapat surat kebenaran polis bagi urusan mendapatkan rawatan atau temu janji di hospital atau klinik.

“Ini menyukarkan mereka terutama pesakit yang memerlukan rawatan berjadual seperti kanser dan buah pinggang.

“Justeru itu, bagi pesakit yang mempunyai temu janji doktor dan rawatan berjadual, cukup sekadar mengemukakan kad temu janji,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Ismail berkata, seramai 1,020 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dengan kesemuanya dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara, semalam.

“Seramai 199,332 individu tiba di tanah air sejak 24 Julai 2020 yang ditempatkan di 77 hotel dan 10 institut latihan awam (ILA) serta institut pengajian swasta di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, 7,530 individu sedang menjalani kuarantin, manakala 189,908 individu dibenarkan pulang dan 1,884 lagi dibawa ke hospital,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 90 operasi sanitasi membabitkan 36 zon merah, satu zon jingga, 11 zon kuning dan satu zon hijau dilaksanakan di seluruh negara, semalam.

“Sehingga kini, sebanyak 23,113 operasi sanitasi dilakukan sejak 30 Mac lalu merangkumi 156 zon secara keseluruhan.

“Antara premis yang di sanitasi adalah pusat perniagaan, kawasan perumahan termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR), tempat awam, pasar raya dan bangunan kerajaan,” katanya.

Mengulas mengenai barang keperluan asas, beliau berkata, penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuat 679 pemantauan harian terhadap 11 jenis bekalan barangan terdiri daripada 490 peruncit, 158 pemborong dan 31 pengilang, semalam.

“Pegawai penguatkuasa KPDNHEP juga melakukan 1,736 pemeriksaan khas pematuhan SOP dan semua premis didapati mematuhi SOP.

“Pemantauan dan pemeriksaan dilakukan oleh penguatkuasa KPDNHEP di peringkat peruncit dan pemborong mendapati bekalan makanan berada dalam keadaan stabil serta mencukupi,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan

    © New Straits Times Press (M) Bhd

  • Read More
    Sumber Web: Harian Metro

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.