Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-uua109.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-uua109.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

Havertz sedia cabar Mueller

BERLIN: Masih segar dengan jaringan kemenangan final Liga Juara-Juara, bintang Chelsea Kai Havertz berharap prestasinya di kelab mampu memberikannya penampilan buat Jerman pada Euro 2020.

Havertz, yang akan berusia 22 tahun pada Kejohanan Eropah minggu depan, menampilkan bakatnya apabila tenang menewaskan penjaga gol Manchester City, Ederson dan meledak gol tunggal Chelsea ketika menang 1-0 pada final Liga Juara-Juara minggu lalu.

Jaringan pertama pemain tengah itu dalam Liga Juara-Juara di Porto nyata mengecewakan City.

“Itu adalah gol yang sangat penting buat saya secara peribadi, buat kelab, buat keluarga saya. Ia akan kekal selamanya bersama saya,” kata Havertz semalam, beberapa hari sebelum menyertai kem latihan Jerman di Austria.

“Saya perlukan rasa yakin, itu apabila saya bermain pada tahap terbaik, dan itu caranya saya akan ke Kejohanan Eropah.”

Ketua jurulatih Jerman, Joachim Loew menggambarkan Havertz sebagai “bakat menakjubkan.”

Ada saingan sengit di bahagian tengah Jerman daripada pemain veteran Bayern Munich, Thomas Mueller, 31, yang kembali dipanggil selepas dua tahun diketepikan.

Bagaimanapun Havertz tidak terkejut.

“Ada sistem yang cukup untuk beberapa pemain tengah penyerang boleh bermain di padang yang sama pada masa yang sama,” kata Havertz. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.