Ini tidak adil… – Modric

London: Kapten Croatia, Luka Modric mendakwa England mendapat kelebihan berat sebelah apabila menjadi tuan rumah ketiga-tiga perlawanan peringkat Kumpulan D Euro 2020 di Wembley.

England memulakan kempen Kejohanan Eropah menentang Croatia, esok sebelum melayan Scotland pada Jumaat dan Republik Czech Republic pada 22 Jun.

Beberapa pasukan bermain peringkat kumpulan di gelanggang sendiri selepas UEFA memutuskan untuk menganjurkan kejohanan itu di 11 negara.

Itali membuka tirai kejohanan tertangguh itu dengan kemenangan 3-0 ke atas Turki di depan penyokong mereka di Rome, semalam.

Tetapi England berpotensi mendapat kelebihan apabila dua perlawanan terakhir peringkat 16 terbaik, separuh akhir dan perlawanan akhir turut diadakan di Wembley.

Modric yang juga perancang Real Madrid kurang gembira apabila England boleh membenarkan 22,500 penyokong di Wembley, manakala tiada tiket rasmi disediakan kepada penyokong Croatia.

Ketika ditanya sama ada England memiliki kelebihan yang tidak adil, Modric memberitahu BBC: “Ya, saya fikir begitu.

“Semua orang akan mengatakan pasukan tuan rumah yang bermain di depan penyokong sendiri akan mendapat sedikit kelebihan.

“Agak memalukan apabila tidak ramai penyokong Croatia dibenarkan kerana kami selalu merasakan kehadiran mereka apabila mereka masuk stadium.

“Tetapi, beginilah keadaannya. Kami perlu fokus di atas padang dan tidak peduli dengan persekitaran.”

Modric adalah sebahagian daripada skuad Croatia yang menewaskan England di separuh akhir Piala Dunia 2018 di Russia.

Sejak pertemuan itu, England seri dan menang ke atas Croatia in di Liga Negara dan Modric mengakui anak buah Gareth Southgate sebagai ancaman besar.

“Saya memandang tinggi kepada mereka. Sudah pasti, mereka antara pasukan pilihan kejohanan kali ini,” kata Modric.

“Saya jangkakan mereka akan bermain agresif dan bertenaga sejak awal dengan sokongan penyokong di tempat sendiri.”

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.